ahlan wasahlan

Monday, May 31, 2010

KONVOI GAZA: WARGA UPSI DISARAN UNTUK SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH

 Tanjong Malim, 31 Mei- Warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disaran untuk mendirikan solat hajat dan memanjatkan doa qunut nazilah selepas konvoi bantuan ke Gaza diserang oleh pasukan komando Israel.

Menurut sumber, anggota konvoi telah diserang oleh helikopter tentera Israel dan menyebabkan 16 orang anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara tersebut meninggal dunia dan hampir 30 orang cedera.

Ketua Penerangan Pro Kebajikan UPSI ketika ditanya berkata, semua warga UPSI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel ini dan menyeru kepada seluruh warga UPSI untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan anggota konvoi kemanusiaan Gaza yang dalam misi kemanusiaan ke Palestin.

“Saya ingin menyeru kepada semua warga USPI khusunya dan Malaysia amnya, marilah kita sama-sama melaksanakan solat hajat untuk memohon kepada Allah keselamatan anggota konvoi yang sedang dalam perjalanan ke sana dan kita memanjatkan doa qunut nazilah supaya Allah menghancurkan pasukan tentera Israel,” tegasnya.

“Janganlah kita hanya duduk diam sahaja tanpa memikirkan nasib sahabat-sahabat kita di sana. Moga-moga dengan iringan doa kita, anggota konvoi dapat mencapai misi untuk memberikan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza. Dan moga-moga ini juga menjadi saksi di hadapan Allah kelak,” tambahnya lagi.

Konvoi bantuan ini mengandungi 7 buah kapal dan memulakan perjalanan dari Laut Mediterranean tetapi mula dikepung dan setakat ini hanya Kapal Mavi Marmara diserang oleh tentera Israel.

sumber: http://upsikini.blogspot.com/

0 comments:

Pages