Friday, July 9, 2010

Apabila Kemungkaran Dilihat Sebagai Kemuliaan

Hari ini, ketika ini dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan ummat yang kita sayang, DIMANAKAH KITA? Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan, Rasulullah sebagai model ikutan, Allah sebagai tujuan dan Jihad fi sabilillah sebagai penamat kehidupan?
Amat jelik sekali pada masa ini, ketika ummat yang lantang berkata kononnya kita menegakkan negara Islam di kalangan pemimpin-pemimpin kita, mereka yang dengan lantang mengatakan kita ikut langkah Islam dalam negara ini turut sama leka dalam jalan taghut, malah amat menyedihkan lagi bila mana maksiat itu dilihat sebagai perkara biasa.
Saudaraku, syaitan akan mengindahkan pandangan manusia di atas maksiat yang kita lakukan. Perhubungan tanpa batasan atas nama cinta sejati antara dua insan dipandang indah oleh masyarakat, dipandang cantik oleh sahabat handai malah dipopularkan oleh ramai di kalangan kita dan bahkan dipandang mulia. TETAPI, perhubungan untuk membina baitul muslim secara baik dan suci tanpa ikatan dan perhubungan yang keji dipandang kolot dan ketinggalan zaman bahkan tidak lagi sesuai dengan zaman ini.
"Barangsiapa berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami akan adakn baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk" (Surah Al-Zukhruf 43 : ayat 36-37)
Para pemuda-pemudi dan pejuang yang membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada ummat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabelkan sebagai terroris. Para pendokong yang ingin membawa semula ummat Islam kepada Islam dipandang sebagai lebai-lebai yang kuno, kolot dan ketinggalan zaman. Bahkan senang sekali dikatakan : “aku enjoy...enjoy gak, ibadat...ibadat jugak”. Jadi adakah kehidupan kita ini membedakan dengan kehidupan Islam? Bukankah sebagai muslim, kehidupan kita adalah Islam dan Islam itu adalah kehidupan. Bahkan untuk enjoy pun bukankah lebih cantik sekali kalau ianya selari dengan jalan Islam. Tiada pergaulan tanpa batasan, tiada unsur lucah. Bahkan dakwah juga dapat disampaikan melalui hiburan.
Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil, tidak semestinya lagu nasyid sahaja perlu ada unsur dakwah. Bukankah lebih cantik kalau lagu rock juga ada unsur dakwah. Tidakkah lebih jelik apabila ketika ada segolongan pihak yang ingin membuat tugas menyedarkan ummat tentang hakikat Islam ini dihalang dengan kuatnya. Tetapi mereka yang ingin melakukan konsert , pesta , keraian yang bukan-bukan dibenarkan dengan suka hatinya? Dimanakah kononnya Islam yang dilaung-laungkan??? ADAKAH ISLAM ITU TERTEGAK DENGAN KATA-KATA??? ADAKAH ISLAM ITU TERTEGAK DENGAN CERAMAH DAN JUALAN AIR LIUR SAHAJA???
Saudaraku, Islam itu adalah kehidupan kita, saat kita mengucapkan kalimah shahadah, kita telah berikrar dan mengikat perjanjian untuk menerima Islam sepenuhnya. Tiada istilah “part time Muslim”. Hari ini aku ikut jalan kafir, esok aku ikut jalan Islam. Tiada istilah pengasingan Islam daripada kehidupan. Tiada pengasingan Islam itu daripada pemerintahan kerana Islam ini lengkap.  Bermula daripada aspek kehidupan seharian, pemerintahan malahan kematian. Ketika kita bershahadah, kita telah berikrar pada aqidah kita bahawa kita sanggup mengikut Islam. Tetapi adakah shahadah itu sekadar hanya kata-kata kosong???

alt

Sunday, June 27, 2010

sekadar renungan

Sunday, June 20, 2010

.:Keistimewaan Rejab:.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab
akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."



Maka,tunggu apa lagi? Ayuh! Kita sama-sama mengejar redha ALLAH...mungkin ini Rejab yang terakhir??..Hargai saat ini kerana esok belum tentu utk kita....Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba2 ALLAH yang beriman...ameen.

Bersama-sama menuju mardhatillah...

Monday, June 14, 2010

PERKONGSIAN....

Monday, June 7, 2010

RENUNG-RENUNGKAN...

Monday, May 31, 2010

QUNUT NAZILAH BUAT ISRAEL LAKNATULLAH






















sumber: http://alfatihah-mohdfadhiri.blogspot.com/

KONVOI GAZA: WARGA UPSI DISARAN UNTUK SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH

 Tanjong Malim, 31 Mei- Warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disaran untuk mendirikan solat hajat dan memanjatkan doa qunut nazilah selepas konvoi bantuan ke Gaza diserang oleh pasukan komando Israel.

Menurut sumber, anggota konvoi telah diserang oleh helikopter tentera Israel dan menyebabkan 16 orang anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara tersebut meninggal dunia dan hampir 30 orang cedera.

Ketua Penerangan Pro Kebajikan UPSI ketika ditanya berkata, semua warga UPSI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel ini dan menyeru kepada seluruh warga UPSI untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan anggota konvoi kemanusiaan Gaza yang dalam misi kemanusiaan ke Palestin.

“Saya ingin menyeru kepada semua warga USPI khusunya dan Malaysia amnya, marilah kita sama-sama melaksanakan solat hajat untuk memohon kepada Allah keselamatan anggota konvoi yang sedang dalam perjalanan ke sana dan kita memanjatkan doa qunut nazilah supaya Allah menghancurkan pasukan tentera Israel,” tegasnya.

“Janganlah kita hanya duduk diam sahaja tanpa memikirkan nasib sahabat-sahabat kita di sana. Moga-moga dengan iringan doa kita, anggota konvoi dapat mencapai misi untuk memberikan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza. Dan moga-moga ini juga menjadi saksi di hadapan Allah kelak,” tambahnya lagi.

Konvoi bantuan ini mengandungi 7 buah kapal dan memulakan perjalanan dari Laut Mediterranean tetapi mula dikepung dan setakat ini hanya Kapal Mavi Marmara diserang oleh tentera Israel.

sumber: http://upsikini.blogspot.com/

Pages